YEAR END SALES
1. KOMIK RIBUT (Pre Order) New!
Harga Senaskah RM45 RM40

2. Melukis Bersama Bujal New!
Sebuah buku tutorial tentang teknik melukis haiwan, dinasour dan serangga berdasarkan langkah demi langkah.
Kertas lakaran ada disekalikan dengan buku ini.
Harga Senaskah RM15

3. PANGLIMA : Tiga Pendekar New!
- 80 mukasurat termasuk kulit.
- Saiz B5 (176mm x 250mm)
Harga Senaskah RM40 RM39

4. PANGLIMA : Komik Fiksyen Nusantara@Kebangkitan Adiwira (Siri 1) Restock!
Pengenalan- 44 mukasurat termasuk kulit.
- Saiz B5 (176mm x 250mm)
Harga Senaskah RM25 RM23

5. SET KEMBARA ADIWIRA
Set Kembara Adiwira ini adalah set yang wajib dimiliki oleh kolektor-kolektor tegar. Set ini mengandungi dua buah komik iaitu PANGLIMA: KEBANGKITAN ADIWIRA (siri1)

6. IMAGINK
PengenalanHarga Senaskah RM60

7. TOTE BAG BUJAL
Pengenalan
Tote bag ini merupakan salah satu produk keluaran GEEK HOUSE sempena 'event' Comic Festival Kuala Lumpur yang berlangsung pada 8 & 9 Jun diFahrenheit88 yang lepas. Kedua-dua rekabentuk tote bag ini diambil sempena tema komik BUJAL. Kini, ada tote bag BUJAL mempunyai rekabentuk yang minimalis dicetak atas material kain canvas yang tebal dan tahan lasak. Saiz dan ukuran ada tercatat pada poster iklan. Amat sesuai untuk digunakan bagi pelajar-pelajar dan juga digayakan untuk remaja-remaja yang sukakan bag bertemakan komik.
Harga untuk satu bag ialah RM25.00 sahaja dan amat berbaloi. Cetakan amat terhad.

Sorotan:
- Komik setebal 44 muka surat termasuk kulit.
- Saiz B5 (176mm x 250mm)
- Percuma sticker
- Cetakan terhad (penghabisan stok)
Harga Senaskah RM30 RM25
STOK SEDIA ADA TETAPI TERHAD
Untuk makluman edisi ini tidak akan diulang cetak.

9. TIGA: Tiga Cerita, Tiga Kisah
Pengenalan
Sebuah karya komik yang telah dilukis dan diperap lama sekitar tahun 2012. Mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan. Komik ini mempunyai tiga buah cerita yang berlainan kisah. Cerita pertama berjudul Apokalips, berkisahkan tentang perjalanan seseorang mencari jawapan tentang apa yang berlaku keatas dirinya. Cerita kedua pula bertajuk Zombi, ianya mengenai sebuah bandar diserang oleh zombi, namun ada sesuatu disebalik kejadian itu. Cerita terakhir berjudul Tewas, sebuah komik nusantara yang mana seorang lelaki ingin mengupah seorang pendekar untuk melindunginya dari diserang oleh gergasi, namun kejadian lain pula menimpanya. Bagi penggemar-penggemar komik boleh jadikan komik ini sebagai bahan bacaan santai dan komik ini tiada bersambung.
Hasil Karya:
Fairul Razali

10. MAYALOKA: Lakaran Tanpa Sempadan
Pengenalan
Sebuah buku kompilasi seni hasil karya Fairul Razali. Semua lakaran yang dimuatkan merupakan lukisan-lukisan yang pernah disiarkan dimedia sosial. Pelukis mempelbagaikan hasil lukisan dan rekaan mengikut mood dan tema. Koleksi lukisan ini terdiri dari tema seram, pendekar, fan-art dan lain-lain. Boleh dijadikan sebagai bahan rujukan dan simpanan peribadi bagi penggemar-penggemar karya seni.

11. GEEK: Sketch Collection
Pengenalan
Sebuah buku karya seni yang telah dikompilasikan menjadi sebuah buku seni. Karya-karya seni ini adalah sebuah karya yang dilukis oleh Fairul Razali, Azhar Abdullah, Adi Nazri dan Adiemusha Prem. Karya-karya ini ada yang pernah disiarkan dimedia sosial dan ada juga yang belum pernah disiarkan. Jika anda sebagai peminat seni lakaran lukisan, boleh dapatkan buku ini sebagai salah satu buku kompilasi seni yang berada diruang rak almari buku anda.

12. GTO: Drama Merapu Berhalatuju
Pengenalan
Majalah Kartun GTO, bertagline kan Drama Merapu Berhala tuju. Menampilkan kartunis-kartunis yang pernah mewarnai era penerbitan majalah humor ketika zaman 90an.
Terdapat komik-komik pendek yang dilukis oleh kartunis Shah, Maro, Gayour, Aloy, Bellla Abraham dan lain-lain lagi.
Harus dimiliki oleh peminat-peminat kartun tanahair.
Komik yang mempunyai 82 mukasurat.
