1. PANGLIMA : Tiga Pendekar (Pre order) New!
PengenalanKomik PANGLIMA: TIGA PENDEKAR ini merupakan sambungan daripada komik PANGLIMA: KEBANGKITAN ADIWIRA yang telah diterbitkan pada tahun 2022 yang lalu. Komik ini mengisahkan tiga pendekar yang terdiri dari Adi Wijaya, Karma dan Saidaga yang menjadi Panglima di sebuah wilayah yang bernama Langkapura. Wilayah yang sering diganggu oleh lanun. Namun disebalik gangguan lanun ini ada perkara yang tersirat yang mengakibatkan satu tragedi yang lebih besar yang melanda Langkapura. Apa pula hubungannya dengan watak-watak seperti Badri, Melati dan juga Sang Petir?
Penuh dengan aksi dan watak-watak yang mengerikan. Boleh dapatkan komik ini yang berdurasi sebanyak 80 mukasurat dengan harga yang mampu milik. Cetakan adalah terhad.
Dibuka sehingga 15 Ogos 2025 dan pre order awal akan menerima lukisan ekslusif dari pelukis.
(Sementara stok masih ada).
Karya: Fairul Razali
Sorotan:- 80 mukasurat termasuk kulit.
- Saiz B5 (176mm x 250mm)
Harga Senaskah RM40

2. PANGLIMA : Komik Fiksyen Nusantara@Kebangkitan Adiwira (Siri 1) Restock!
PengenalanKomik PANGLIMA: KEBANGKITAN ADIWIRA edisi kemaskini ini mengisahkan tentang satu malapetaka besar telah berlaku disebuah wilayah Langkapura. Seorang pendekar telah ditugaskan untuk mencari tiga pahlawan. Setiap pahlawan itu mempunyai kelebihan dan keupayaan yang luar biasa. Perjalanan mereka berempat adalah untuk berhadapan dengan satu misi bahaya. Apakah misi bahaya itu? Siapakah pula orang yang hendak mereka temui itu? Semua jawapannya ada dalam komik Panglima ini.
Dibuka sehingga 15 Ogos 2025 dan pre order awal akan menerima lukisan ekslusif dari pelukis.
(Sementara stok masih ada).
Karya: Fairul Razali
Sorotan:- 44 mukasurat termasuk kulit.
- Saiz B5 (176mm x 250mm)
Harga Senaskah RM25
![]()
3. SET KEMBARA ADIWIRA
Set Kembara Adiwira ini adalah set yang wajib dimiliki oleh kolektor-kolektor tegar. Set ini mengandungi dua buah komik iaitu PANGLIMA: KEBANGKITAN ADIWIRA (siri1) RM25 ====> RM21, PANGLIMA: TIGA PENDEKAR (siri 2) RM40 ===> RM37 dan sebuah booklet PANGLIMA (RM20 ====> RM17) yang mengandungi illustrasi watak-watak dari komik PANGLIMA siri 1 dan 2. Termasuk 3 mini poster, 2 sticker dan 2 illustrasi watak-watak dalam bentuk penanda buku.
Boleh dapatkan set ini, kerana ianya agak terhad.
Karya: Fairul Razali
Harga Senaskah RM75
![]()
4. IMAGINK
PengenalanKomik Imagink ini adalah sebuah komik antalogi berbahasa inggeris bergenre saifai yang mempunyai 8 buah cerita komik pendek yang tidak bersambung. Komik-komik ini merupakan karya-karya yang dilukis dan ditulis oleh pelukis-pelukis yang berpengalaman yang berkecimpung dalam dunia penerbitan, animasi dan juga perfileman.
Pelukis-pelukis tersebut ialah Rosh, Niezam, Fairul Razali, Adi Nazri, Azhar Abdullah, Adimusha, Geckowhat, Fadlepat dan Dody. Komik ini mempunyai ketebalan sebanyak 136 mukasurat dan wajib dimiliki oleh pencinta komik. Cetakan pertama ini mempunyai stok yang agak terhad. Dapatkan komik ini, penceritaan seperti menonton sebuah filem.
Harga Senaskah RM60
![]()
5. TOTE BAG BUJAL
Tote bag ini merupakan salah satu produk keluaran GEEK HOUSE sempena 'event' Comic Festival Kuala Lumpur yang berlangsung pada 8 & 9 Jun diFahrenheit88 yang lepas. Kedua-dua rekabentuk tote bag ini diambil sempena tema komik BUJAL. Kini, ada tote bag BUJAL mempunyai rekabentuk yang minimalis dicetak atas material kain canvas yang tebal dan tahan lasak. Saiz dan ukuran ada tercatat pada poster iklan. Amat sesuai untuk digunakan bagi pelajar-pelajar dan juga digayakan untuk remaja-remaja yang sukakan bag bertemakan komik.
Harga untuk satu bag ialah RM25.00 sahaja dan amat berbaloi. Cetakan amat terhad.
Harga Seunit RM25
6. BUJAL: Edisi Khas Anniversari 51 Tahun (Penghabisan Stok!)
Pengenalan Komik
Sebuah komik nostalgia yang pernah menambat hati pembaca diera 80-90an. Kini ianya diterbitkan kembali bukan secara bulanan, tetapi sebuah keluaran Edisi Khas sempena Anniversari Bujal 51 Tahun. Menampilkan dua komik Bujal yang pernah diterbitkan sebelum ini yang sudah dikemaskini, komik CitCit dan Bujul. Berkenalan dengan watak-watak famil Bujal yang dilakar oleh Rizalman dan ianya adalah lukisan yang terbaru.
Sorotan:- Komik setebal 44 muka surat termasuk kulit.
- Saiz B5 (176mm x 250mm)
- Percuma sticker
- Cetakan terhad (penghabisan stok)
Harga Senaskah RM30
STOK SEDIA ADA TETAPI TERHAD
Untuk makluman edisi ini tidak akan diulang cetak.
![]()
7. TIGA: Tiga Cerita, Tiga Kisah
Pengenalan
Sebuah karya komik yang telah dilukis dan diperap lama sekitar tahun 2012. Mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan. Komik ini mempunyai tiga buah cerita yang berlainan kisah. Cerita pertama berjudul Apokalips, berkisahkan tentang perjalanan seseorang mencari jawapan tentang apa yang berlaku keatas dirinya. Cerita kedua pula bertajuk Zombi, ianya mengenai sebuah bandar diserang oleh zombi, namun ada sesuatu disebalik kejadian itu. Cerita terakhir berjudul Tewas, sebuah komik nusantara yang mana seorang lelaki ingin mengupah seorang pendekar untuk melindunginya dari diserang oleh gergasi, namun kejadian lain pula menimpanya. Bagi penggemar-penggemar komik boleh jadikan komik ini sebagai bahan bacaan santai dan komik ini tiada bersambung.
Hasil Karya:
Fairul Razali
Harga Senaskah RM25
8. MAYALOKA: Lakaran Tanpa Sempadan
Pengenalan
Sebuah buku kompilasi seni hasil karya Fairul Razali. Semua lakaran yang dimuatkan merupakan lukisan-lukisan yang pernah disiarkan dimedia sosial. Pelukis mempelbagaikan hasil lukisan dan rekaan mengikut mood dan tema. Koleksi lukisan ini terdiri dari tema seram, pendekar, fan-art dan lain-lain. Boleh dijadikan sebagai bahan rujukan dan simpanan peribadi bagi penggemar-penggemar karya seni.
Harga Senaskah RM15
9. GEEK: Sketch Collection
Pengenalan
Sebuah buku karya seni yang telah dikompilasikan menjadi sebuah buku seni. Karya-karya seni ini adalah sebuah karya yang dilukis oleh Fairul Razali, Azhar Abdullah, Adi Nazri dan Adiemusha Prem. Karya-karya ini ada yang pernah disiarkan dimedia sosial dan ada juga yang belum pernah disiarkan. Jika anda sebagai peminat seni lakaran lukisan, boleh dapatkan buku ini sebagai salah satu buku kompilasi seni yang berada diruang rak almari buku anda.
Harga Senaskah RM35